Salam. Semalam (12/01/13) telah berlangsung dengan jayanya 1 perhimpunan gergasi iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Himpunan yang dianggarkan melebihi penyertaan 200,000 orang itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi. Walaupun media perdana yang digenggam kerajaan menyediakan gambaran buruk mengenai perhimpunan ini namun ianya tidak seperti yang digambarkan.
Ringkas ingin ceritakan, kelihatan ramai penjual makan, minuman, baju dan pelbagai barangan lagi di pinggir jalan sekitar stadium. Beberapa orang peniaga air yang sempat aku temubual semalam mengatakan keuntungan perniagaan sebagai penjual air beliau meningkat sehingga 3 hingga 4 kali ganda. Malah diakhir perhimpunan ada yang menjual cuma RM 1 sahaja bagi 1 tin air minuman.
Sama seperti sekeluarga penjual cempedak goreng yang datang dari Kedah turut serta berniaga di sekitar stadium. Kelihatan senyuman beliau sengguh berseri dengan jualan tidak putus-putus. Katanya dengan penuh semangat "akak datang perlahan-lahan dengan tin buruk ni semata-mata nak cari rezeki dan menyokong perhimpunan ini!".
Ribuan penghargaan diberikan buat Unit Amal yang membantu dan mengawal sepanjang himpunan ini. Penghargaan juga diberikan buat Polis Trafik yang membantu mengawal lalu lintas semasa perarakan himpunan dijalankan. Tak lupa juga kepada Skuad Medik, Polis, dan orang-orang perseorangan yang membantu. Ternyata himpunan akan aman sekiranya tiada provokasi, semburan 'water cannon' dan gas pemedih mata.
Gambar diambil dari LRT Masjid Jamek - Jalan Tun Perak - Jalan Pudu - Jalan Tun Cheng Lock - Jalan Tun H S Lee - Jalan Maharajalela - Jalan Stadium dan Stadium Merdeka. Untuk melihat 574 gambar sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 boleh dilihat di sini : ENTER atau klik gambar di atas.